Pengenalan Arab Kristian

Dalam sejarah, beberapa penyebar Kristian dihukum sebagai penyelewang di bawah pemerintahan Byzantine (seperti Monophysites). Sebenarnya Arab Kristian mula menikmati lebih kebebasan beragama di bawah pemerintahan Muslim daripada yang mereka alami semasa di bawah pemerintahan Byzantine.

Tidak semua Arab Kristian di Timur Tengah menganggap diri mereka sebagai etnik Arab, walaupun mereka mengaku perkataan Arab berlainan, terpulang kepada aspek mana mereka ingin ditekankan (politik, bahasa, etnik). Contohnya, sesetengah orang Maronite Lebanon sehingga kini menganggap mereka adalah waris kepada bangsa kuno Phoenicians atau Mardaites dan menghadkan pengenalan bangsa Arab pada orang yang tinggal di Arab Saudi dan negara-negara Teluk. Sebaliknya, sesetengah nasionalis Arab yang amat berpengaruh adalah Kristian Ortodoks seperti Michel Aflaq, pengasas Parti Baath, George Habash, pengasas Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin, dan Constantin Zureiq.